Soalan Lazim

Semua Yang Anda Perlu Tahu

1Adakah saya layak memohon pembiayaan peribadi kakitangan kerajaan AWAKAS?
Anda layak momohon jika anda memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Bekerja sebagai Penjawat Awam Malaysia dan kakitangan Badan Berkanun atau GLC yang terpilih.
  • Berumur 20-58 tahun (umur maksimum bagi pegawai polis adalah 55 tahun).
  • Pekerja tetap dengan sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan.
  • Pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,500
  • Tiada dalam senarai muflis dan / atau bankrap.
  • Lulus skor kredit AWAKAS.
2Bagaimanakah saya boleh memohon pembiayaan peribadi kakitangan kerajaan AWAKAS?
Anda boleh menghubungi Pegawai Pemasaran kami di +6013 348 3298
3Apakah dokumen yang perlu disediakan untuk permohonan pembiayaan saya?
Anda dikehendaki menyediakan:

  • Salinan Kad Pengenalan (KP)
  • Salinan Kad Pengenalan Polis yang disahkan (jika berkenaan)
  • Salinan sah 3 bulan slip gaji terkini – disahkan oleh majikan
  • Penyata bank terkini (akaun gaji / akaun menerima pembiayaan)
  • Surat pengesahan jawatan
  • Surat opsyen, jika berkenaan
  • Surat penukaran jabatan atau surat penempatan, jika berkenaan
  • Penyata penyelesaian awal, jika berkenaan
4Adakah saya perlu memberi maklumat peribadi yang lain, cth. laporan kredit?
Tidak perlu. Walau bagaimanapun, persetujuan anda untuk mendedahkan laporan kredit diperlukan untuk memudahkan proses permohonan pembiayaan. Maklumat kredit anda akan digunakan sebagai sebahagian daripada pertimbangan semasa menawarkan produk pembiayaan.
5Adakah penjamin atau cagaran diperlukan?
Tiada penjamin atau cagaran diperlukan untuk pembiayaan peribadi AWAKAS